Multaqa

Multaqa

ARC

ARC

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Tuesday, June 30, 2009

JANGAN HARAP NAJIB HENDAK DEBAT - Ust. Idris

Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Datuk Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Datuk Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, Pas bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.
Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin Pas. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.
Saya teringat sewaktu debat Pas dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan Pas. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno. Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah di rakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulamak Pas dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulamak Umno kalah. Itu baru ulamak Umno yang berlakon jadi ulama’ Pas, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil Pas sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah. Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga.

Tangguh bentang pindaan RUU Kekeluargaan Islam , keputusan Majlis Raja Melayu dialukan

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Keputusan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menangguhkan pembentangan tiga Rang Undang-undang berkaitan kekeluargaan Islam adalah tepat dan dialukan.
Demikian tegas Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily hari ini bagi mengulas isu tersebut.
Beliau merujuk kepada Persidangan (Khas) Majlis Raja-Raja Melayu Kali Ke 217 yang bersidang pada 29hb Jun 2009) di Istana Negara.
Di dalam persidangan ini, Majlis Raja-Raja Melayu telah memutuskan supaya cadangan kerajaan untuk membentangkan pindaan Rang Undang-Undang di Parlimen bagi meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, ditangguhkan terlebih dahulu bagi mendapatkan terlebih dahulu pandangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.
"Kami dengan ini mengalu-alukan keputusan tersebut atas pertimbangan bahawa sebarang pindaan undang-undang yang membabitkan isu-isu yang sensitif seperti soal implikasi dari penukaran agama, haruslah dibuat dengan cukup berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dan salah faham," ujarnya.
Hakikat ini boleh dilihat dengan jelas pada ketika kabinet membuat satu keputusan kontroversi pada bulan April yang lalu, katanya.
April lalu ujar Abdullah, kerajaan telah memutuskan bahawa seseorang anak yang masih belum dewasa adalah kekal di dalam agama kedua ibu bapanya (common religion) sewaktu di dalam perkhawinan, meskipun salah seorang dari kedua ibu bapanya telah memeluk agama yang lain.
Pada masa yang sama, DPPNP menuntut supaya kerajaan bukan sahaja mengambilkira pandangan dan cadangan dari Majlis Agama Islam Negeri, katanya.
Bahkan katanya semua pihak yang berkaitan seperti parti-parti politik, NGO-NGO, pakar-pakar perundangan sivil dan syariah dan badan-badan agama sebelum Rang Undang-Undang tersebut dibentangkan di Parlimen.
"Pemuda PAS berharap dan akan berusaha memastikan supaya pindaan yang dicadangkan tersebut bukan sahaja menghormati kedudukan dan kemuliaan agama Islam, tetapi pada masa yang sama turut member keadilan kepada penganut agama-agama yang lain," katanya.
Semalam di Parlimen, dalam satu pertemuan dengan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution beliau telah mendedahkan isu keinginan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang tersebut dalam tempoh dua hari lagi bagi persidangan di Dewan Rakyat.
Saifuddin mendakwa, pindaan itu antara lain hanya akan menjejaskan fungsi Mahkamah Syariah, sebaliknya kuasa mahkamah tersebut akan dialih ke Mahkamah Sivil.
Paling dikhuatiri ujar Saifuddin, pindaan yang dibuat itu dalam tempoh yang sangat singkat sementara kertas pindaan masih belum diserahkan kepada ahli Parlimen untuk diperhalusi.
Pindaan ini (jika dibentang) hanya akan membangkitkan sensitiviti masyarakat Islam khususnya, kata Saifuddin.
Di peringkat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), pihaknya akan bertemu dengan Majlis Peguam Malaysia bagi membincangkan isu ini, sementara PAS katanya akan berbincang dengan Peguam Islam mengenai isu yang sama.