Multaqa

Multaqa

ARC

ARC

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Monday, August 29, 2011

Balik kampung

Kepada semua perantau yang memandu balik kekampung, pandulah dengan berhati-hati, keselamatan keluarga anda berada di tangan anda. Bacalah doa ketika naik kenderaan semoga dipelihara Allah dr sebarang musibah.

Tuesday, August 23, 2011

Ragui ayam sembelih, jangan pengguna 'disembelih'


KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) merangkap Ketua DPPK Jerai memandang serius laporan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri Johor diragui status halal dan kesuciannya.

Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, LaPAS difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

“LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi LaPAS, katanya isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam.

Ujarnya, LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram.

“Adalah diharapkan agar JAIJ dan kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi kawalan syariah dengan menghentikan operasi perniagaan mereka, menyita premis serta membekukan lesen perniagaan,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Katanya, pengusaha seperti itu tidak layak untuk menjalalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan.

Ini juga, tambahnya sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan.

Beliau berkata, LaPAS turut mengharapkan agar Jabatan Agama Islam di negeri-negeri lain mengambil tindakan sama dengan menjejaki, mengesan, memantau serta menyiasat pembekal atau pengusaha pusat penyembelihan yang tidak mematuhi prosedur penyembelihan dengan betul.

Selain itu, ujarnya LaPAS meminta agar kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Aidilfiitri.

Ini, katanya bagi mengelakkan sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam sesuka hati mereka.

Katanya, kawalan harga bagi ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna.

“Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula ‘disembelih’ oleh penjual yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Monday, August 8, 2011

Najib bakal rombak kabinet sebelum PRU-13?

KUALA LUMPUR: Terdapat desas-desus mendakwa sebarang kemungkinan rombhttp://3.bp.blogspot.com/_QZ6z7NdGoVo/TFTdUc9L91I/AAAAAAAACIs/8vucKSHHwhA/s1600/Firdaus_Jaafar_Jerai.jpgakan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, dilihat kepada perkembangan terkini membabitkan orang-orang kanannya, Najib mulai rimas dan bimbang sebarang usaha yang akan menjejaskan kedudukannya selaku orang nombor satu.

Bercakap mengenai adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 100 ahli Parlimen BN, Firdaus berkata, ia mungkin boleh menjadi strategi kepada TPM untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan pertengahan di dalam BN. Lebih dari itu, Najib kini memiliki rekod buruk dalam pentadbirannya antaranya dalam isu Kapal Selam Scorpene membabitkan penahanan seorang peguam daripada Perancis, kata Firdaus.

“Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu, namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya,” katanya. Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi memempastikan kedudukannya selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Wednesday, August 3, 2011

MB Kedah

DPPK Jerai mendoakan agar MB Kedah cepat sihat