Multaqa

Multaqa

ARC

ARC

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Tuesday, June 21, 2011

Ayuh Bersama Himpunan Rakyat Menuntut Pilihanraya Adil Dan Bersih Kali Ke 2


Dalam mendepani kebejatan politik UMNO-BN serta mengharungi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, masa semakin suntuk bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus melangkah ke Putrajaya bagi membina sebuah negara Malaysia yang baru.

Namun demikian, umum mengetahui bahawa sistem pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan yang tempang dan di padang yang tidak sama rata. Amat sukar bagi PAS khususnya dan PR umumnya memenangi pentas demokrasi di Malaysia dalam keadaan suasana sistem pilihanraya yang sedemikian.

Dalam kesempatan ini, saya mengharapkan agar seluruh Pemuda PAS dapat turun memimpin Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini. Himpunan ini penting agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memenuhi tuntutan PR bagi memastikan perjalanan pilihanraya ke 13 dalam keadaan yang paling telus dan bersih dari sebarang penipuan. Kesan daripada Himpunan Bersih november 2007 dulu telah melahirkan 5 negeri semasa Pilihanraya Umum ke-12 jadi Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) yakin dengan kejayaan himpunan kali ini akan menyebabkan UMNO/BN akan akan tumbang diseluruh negara

Sesungguhnya perjuangan menuntut negara demokrasi yang tuntas bukanlah suatu usaha yang kecil. Ia menuntut komitmen, kesungguhan, semangat, ikhlas serta kesabaran yang sangat tinggi. Perjuangan di mana-mana negara yang menuntut keadilan serta meruntuhkan diktator yang korup dan zalim dimulai dengan kobaran semangat anak-anak muda yang berani turun ke jalan raya. Pemuda adalah nadi penggerak bagi mencetus perubahan yang semua rakyat harapkan. Sejarah membuktikan bahawa pemuda yang berada di barisan hadapan bagi meneruskan perjuangan ini, dan menjadi kebanggaan kita sekiranya pemuda PAS menjadi pencetusnya bilamana Himpunan Bersih 2.0 telah menjadi sebutan dan kehendak anak muda di seluruh negara.

Adalah diharapkan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 52 ini menjadi pencetus kebangkitan sesuai dengan temanya "Memimpin Kebangkitan Anak Muda". Saya juga juga mengharapkan pemuda PAS mampu menarik sokongan dan dokongan anak-anak muda agar bersama-sama menyertai Himpunan ini. Saya mengharapkan tidak kurang 50 ribu anak-anak muda akan menyertai himpunan ini, yang juga bakal digerakkan bersama oleh golongan wanita dan golongan yang lain. Saya menegaskan, himpunan ini bakal berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini selama mana tidak ada unsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu. Saya juga mengingatkan bahawa menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih adalah hak semua rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan.

Disediakan oleh;

YB UST. FIRDAUS JAAFAR
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah 'topeng' kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih 'bulu' yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar 'ruang lingkup' mereka sahaja.

"Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas 'berkeliaran' tanpa didakwa," katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong 'lidah rasmi Umno' iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan 'wajah' sebenar Perkasa.

"Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut," ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

"Katakan tak nak pada BN!" katanya lagi. [harakahdaily]

Tuesday, April 26, 2011

Qazaf jadi mainan politik jijik Umno

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Umno tetap tidak mahu berubah dan menjadikan Islam sebagai mainan politik jijik mereka apabila mempertikaikan khutbah Jumaat Negeri Selangor yang bertajuk 'Jenayah Qazaf adalah berdosa besar'.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, qazaf dan hudud sama seperti sembahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan.

Menurutnya, masjid merupakan tempat yang sesuai bagi menerangkan perintah Allah SWT walaupun sebenarnya menyampaikan dakwah tidak terhad hanya di masjid namun apabila menerangkan hukum Allah supaya umat Islam faham akan betapa besarnya dosa memfitnah dan mengaibkan seseorang kemudian dibawa sekali jalan penyelesaian sepertimana yang dituntut oleh agama dianggap politik, ini benar-benar menunjukkan yang Umno sememangnya jahil.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan mempertikaikan isi kandungan khutbah tersebut yang mana kononnya bermotifkan politik dan mempunyai maksud di sebaliknya.

Firdaus menganggap tindakan Kerajaan Negeri Selangor memberikan kefahaman kepada rakyat akan dosa qazaf semasa khutbah Jumaat bertepatan dengan masanya memandangkan ketika itulah rata-rata umat Islam memenuhi ruang masjid berbanding dengan semasa kuliah-kuliah umum di waktu lain.

Tambahan pula, katanya isu fitnah video seks sedang berleluasa ketika ini yang mana umum mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran video tersebut.

Umno jelas tidak boleh membezakan antara politik dengan perintah Allah di mana hukum qazaf wujud sebelum wujudnya Umno di muka bumi ini.

"Apakah menerangkan perkara-perkara wajib yang terkandung di dalam Al Quran salah?

"Bukankah itu satu kewajipan bagi pemerintah bagi menjadikan rakyat berilmu dan tidak mudah ditipu?" soalnya.

Menurutnya, Umno sememangnya suka jika rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan jahil serta buta ilmu supaya rakyat mudah ditipu oleh Umno.

Bagi Umno, ujarnya selagi rakyat buta maklumat dan ilmu, selagi itu mereka boleh terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat.

Kata beliau, sememangnya Umno tidak boleh dibiarkan lagi menjadi pemerintah di Malaysia ini.

Mereka, katanya jelas bertopengkan agama demi meraih habuan politik.

"Bagi mereka agama sekadar solat, puasa dan zakat, tidak lebih daripada itu sedangkan Islam syumul dan menjadi panduan kepada kehidupan kita," katanya.

Monday, December 27, 2010

Dppk Jerai PAS ucap tahniah

Ucapan tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Wednesday, December 15, 2010

HIMPUNAN BELIA JERAI SEJAHTERA ... pakat-pakat mai



Tarikh :18 Dis2010
Hari : Sabtu
Masa : 0800 pagi
Tempat : Pusat Peranginan Titi Hayun, Yan.

Semua belia/beliawanis Jerai dijemput hadir

Pakat-pakat mai....

Saturday, November 20, 2010

Apa cerita ni...

18,493 Pengundi hilang layak Undi Awam

Selasa, 02 November 2010 00:00 Suhaizan Bin Kaiat

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam proses meluluskan Rang Daftar Pemilih Suku ke-3, 2010 dan sebarang bantahan adalah berakhir hari ini 2hb November 2010. Terdapat 18,493 undi yang termasuk dalam kumpulan pengundi “Hilang Layak Undi Awam”. Kumpulan ini baru diwujudkan dalam rang suku ke-3, tahun ini. Mengikut kebiasaannya apabila seseorang pengundi menjadi pengundi pos maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam. Terdapat beberapa kecurigaan terhadap isu ini.

Pertama : Bilangan yang luar biasa mencurigakan.
Bilangan 18,493 undi “Hilang Layak Undi Awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar adalah terdiri daripada isteri atau keluarga anggota tentera atau polis. Bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang. Secara tidak langsung membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah. Tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit. Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ke-3 dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu. Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Kedua : Kumpulan yang baru diwujudkan
Kumpulan pengundi “Hilang Layak Undi Awam” baru sahaja diwujudkan pada rang suku ke-3, 2010. Persoalanya apakah selama 12 kali pilihanraya sebelum ini tidak pernah timbul kumpulan pengundi yang hilang layak undi awam? Ke manakah mereka yang hilang layak undi awam selama ini dikumpulkan? Apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493.

Ketiga : Negeri Kelantan, Kedah dan Perak Tertinggi
Jumlah tiga negeri yang paling ramai “Hilang Layak Undi Awam” adalah Kelantan (3,187 orang), Kedah(2,876 orang) dan Perak(2,007). Ironinya negeri terbabit adalah 2 buah negeri diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh Barisan Nasional (BN). Kemenangan PR dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan. Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB. Yahya Abdullah(PR) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “Hilang Layak Undi Awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang. Kemungkinan PR akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB. Dr Hamdan Mohd Khalib(PR) menang dengan majoriti 79. Undi daripada pengundi “Hilang Layak Undi Awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka PR kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi.

Keempat: Janji Pembaikan Sistem Undi Pos masih kabur.
Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR menyedari bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang. Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah status cadangan beliau ini. Kewujudan pengundi “Hilang Layak Undi Awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos. Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya? Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat.

Bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR didesak menjelaskan kepada rakyat Malaysia persoalan-persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “Hilang Layak Undi Awam”.

Disediakan oleh :

Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.