Monday, August 29, 2011
Balik kampung
Tuesday, August 23, 2011
Ragui ayam sembelih, jangan pengguna 'disembelih'
|
|
|
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, LaPAS difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. “LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan. Bagi LaPAS, katanya isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam. Ujarnya, LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram. “Adalah diharapkan agar JAIJ dan kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi kawalan syariah dengan menghentikan operasi perniagaan mereka, menyita premis serta membekukan lesen perniagaan,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai. Katanya, pengusaha seperti itu tidak layak untuk menjalalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan. Ini juga, tambahnya sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan. Beliau berkata, LaPAS turut mengharapkan agar Jabatan Agama Islam di negeri-negeri lain mengambil tindakan sama dengan menjejaki, mengesan, memantau serta menyiasat pembekal atau pengusaha pusat penyembelihan yang tidak mematuhi prosedur penyembelihan dengan betul. Selain itu, ujarnya LaPAS meminta agar kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Aidilfiitri. Ini, katanya bagi mengelakkan sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam sesuka hati mereka. Katanya, kawalan harga bagi ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna. “Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula ‘disembelih’ oleh penjual yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. |
Monday, August 8, 2011
Najib bakal rombak kabinet sebelum PRU-13?
akan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke-13. Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, dilihat kepada perkembangan terkini membabitkan orang-orang kanannya, Najib mulai rimas dan bimbang sebarang usaha yang akan menjejaskan kedudukannya selaku orang nombor satu.
“Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu, namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya,” katanya. Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi memempastikan kedudukannya selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.
Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.
Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.
Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Wednesday, August 3, 2011
Sunday, July 31, 2011
Ahlan wasahlan ya.. Ramadhan
Ya Allah..
seandainya ini adalah Ramadhan terakhirku, Ampunilah segala dosaku di atas segala kesilapan dan kekhilafan yang lalu ....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM
Friday, July 29, 2011
Memorandum sokongan terhadap isu pusat hiburan
:Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyerahkan memorandum pertama kepada Kerajaan Negeri Kedah, dengan menyokong tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.
"Walaupun diberi kelonggaran dengan membenarkan pusat hiburan beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis hiburan, namun ia langkah bijak menghormati bulan Ramadan yang mulia, selain dapat mengekang gejala sosial berleluasa," katanya.
Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, Pemuda Pas bangga kerana kerajaan Pas Kedah serius mahu melaksanakan enakmen itu pada tahun ini setelah tidak mampu melaksanakannya tiga tahun lalu.
"Tindakan ini tepat pada masanya dan saya harap bukan Islam menghargai sikap toleransi Menteri Besar ini," katanya pada media, selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyokong tindakan Kerajaan Negeri melaksana enakmen 1997 berkaitan isu pusat hiburan sepanjang Ramadan, di Wisma Darul Aman, semalam.
Memorandum diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Helmi Mohd Khalid. Hadir sama, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim.
Mohd Firdaus berkata, memorandum sama akan dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat, bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Negeri yang bertegas mengharamkan sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri walaupun dicabar MCA baru-baru ini.
"Pemuda Pas Pusat juga akan ke Melaka dalam minggu ini untuk serah memorandum ketiga kepada Ketua Menteri, membantah tindakan Kerajaan Negeri itu melanjutkan operasi pusat hiburan daripada 1 pagi hingga 3 pagi pada hujung minggu," katanya.
Menurutnya, inisiatif Pemuda Pas ini adalah usaha untuk mengekang gejala sosial, selain mahu membentuk umat Islam menghayati bulan Ramadan.
"Kami berterima kasih pada pemimpin Pas yang tegas dalam keputusan mereka berhubung isu ini, dan menambahkan lagi keyakinan pada kepimpinan mereka yang menunjukkan betapa pentingnya memilih pemimpin yang bukan sahaja menjaga hal-hal duniawi, tetapi juga menitikberatkan soal akhirat," katanya.
Sementara itu, Ahmad menyifatkan kemelut isu pusat hiburan di Kedah dipolitikkan banyak pihak namun berjaya diselesaikan dengan bijak oleh Menteri Besar.
"Kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat ini membuktikan mereka sepakat dan telah melaksanakan agenda dalam Buku Jingga. Pentadbiran yang mengutamakan rakyat dalam semua aspek, di mana dalam buku itu mengatakan, tumpuan diberi untuk memperbaiki hubungan antara kaum dan agama yang telah rosak serta memupuk budaya berasaskan nilai moral dan bersikap terbuka," katanya.
Menurutnya, pendekatan PR amat bertepatan dan meraikan semua kaum, tanpa ada unsur ekstremisme dalam apa jua tindakan.
"Sebelum ini parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan mungkin lupa mereka yang luluskan enakmen itu cuma tidak dilaksanakan sahaja. Sekarang setelah Menteri Besar dedahkan kebenaran, mereka malu dengan tindakan sendiri yang membantah pelaksanaan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh mereka," katanya.
Wednesday, July 20, 2011
Hiburan: Syabas Kedah, bagaimana dengan Melaka
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Rakyat negeri Kedah rata-ratanya menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar yang tetap dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, walaupun sedikit kelonggaran diberikan iaitu pusat-pusat hiburan dibenarkan beroperasi dengan syarat hanya yang bukan beragama Islam sahaja yang dibenarkan namun ianya merupakan satu langkah yang bijak daripada kerajaan negeri bagi menghormati Ramadhan, bulan yang mulia.
Katanya, dengan tertegaknya perintah larangan terhadap umat Islam di Negeri Kedah itu, sedikit sebanyak dapat membentuk masyarakat Islam bagi lebih menghayati bulan Ramadhan.
"Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya' Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa ke arah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus ke arah maksiat.
Beliau yang juga Exco Pemuda PAS Pusat berkata, walaupun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya namun sedikit sebanyak dapat membantu dalam mendidik rakyat kembali ke jalan yang benar.
Lagipun, ujarnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 diluluskan di zaman Umno BN memerintah lagi cumanya tidak dilaksanakan.
Menurutnya, umum semua mengetahui bahawa Umno BN hanyalah menggunakan agama sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat yang mana undang-undang hanyalah digubal sedangkan perlaksanaan tidak menjurus kearah itu demi menjaga 'hati' parti komponen yang lain di dalam BN.
"Lihat bagaimana kerajaan negeri Melaka yang sanggup melanjutkan masa tempoh operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi tanpa rasa bersalah dengan hanya berpaksikan kepada keuntungan duniawi semata-mata tanpa memikirkan akibat daripada keputusan ini.
"Persoalannya, siapakah yang memerintah Melaka? Mengapa perkara maksiat diberikan ruang seluas-luas sedangkan ceramah agama disekat dengan berbagai syarat?" soalnya.
Ini, katanya berbeza dengan PAS.
Beliau berkata, walaupun ianya menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pimpinan Pakatan Rakyat (PR) namun PAS tetap melaksanakan sambil penerangan diberikan kepada mereka yang tidak beragama Islam agar faham akan maksud dan tujuan sebenar berbuat demikian menyebabkan tidak lagi timbul rasa keliru di kalangan mereka.
"Inilah pentingnya memilih pemimpin yang bukan sekadar menjaga hal-hal berkaitan dunia namun ianya harus dikaitkan dengan akhirat dengan erti kata lain dunia dan akhirat 'berjalan' seiring bagi membentuk jati diri rakyat yang lebih mantap dan seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
"Syabas Kedah!" ujarnya.
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) merangkap Ketua DPPK Jerai memandang serius laporan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri Johor diragui status halal dan kesuciannya.