Multaqa

Multaqa

ARC

ARC

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Thursday, October 29, 2009

Jangan ungkit isu kerajaan perpaduan

Susulan keputusannya mengadakan seminar politik isu kerajaan perpaduan awal bulan depan, PAS hari ini menyeru semua pemimpin dan ahlinya menghentikan kenyataan terbuka berhubung isu tersebut.

"PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu kerajaan perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi," kata Ketua Penerangannya Idris Ahmad.

"Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti."

Seminar khas pada 7 November ini akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS di Gombak yang melibatkan seluruh peringkat kepemimpinan parti dari seluruh negara.

Selain anggota-anggota badan tertinggi PAS, ia juga mengundang wakil-wakil rakyatnya, setiausaha PAS kawasan dan pemimpin utama jentera penerangan parti.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Idris berkata sebarang aduan berhubung salah laku pemimpin dan ahli hendaklah dirujuk kepada lembaga disiplin PAS dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media.

No comments:

Post a Comment