Multaqa

Multaqa

ARC

ARC

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wednesday, September 21, 2011

Apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA

GUAR CHEMPEDAK – Isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mencetuskan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Ahli Parlimen Jerai merangkap Ketua DPPK Jerai, Firdaus Jaafar berkata, pemansuhan akta itu merupakan satu tuntutan rakyat dan menunjukkan perjuangan yang dijuangkan Gabungan Mangsa ISA (GMI) sudah mencapai kejayaan.

“Saya berterima kasih kepada GMI yang memperjuangkan isu itu setelah sekian lama dan akhirnya Perdana Menteri akur untuk memansuhkan ISA.

“Tetapi pada masa yang sama, rakyat ingin mengetahui apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, rakyat dan PR bersetuju bahawa isu ISA itu terlalu menindas dan tidak memberi keadilan kepada mangsa yang dituduh.

“Dari sudut asasnya saya mungkin bersetuju dengan pemansuhan ISA, tetapi perlu melihat undang-undang yang bakal diganti supaya rakyat lebih memahami berkenaan undang-undang itu,” katanya.

Firdaus berkata, biarlah undang-undang yang digubal itu mendapat keadilan untuk dua-dua pihak, iaitu tertuduh boleh membela dan kerajaan juga boleh menjalankan pendakwaan.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Puteri Umno Jerai, Hasfizahtulnisah Mat Isa berkata, tindakan yang diambil Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang berani.

“Saya rasa pemansuhan itu memang wajar dibuat dan satu undang-undang baru yang lebih baik patut digubal.

“Akta yang baru patut digubal menjadi akta yang lebih baik dan ia lebih adil dan perlu dilaksanakan dengan lebih tulus, ini kerana mana-mana pihak yang ditahan di bawah ISA menganggap mereka dianiaya,” katanya.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat menjawab soalan UPSR

Dppk jerai mendoakan kepada seluruh murid tahun enam yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin.