Multaqa

Multaqa

ARC

ARC

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Monday, March 29, 2010

Lawatan Pemuda Jerai ke Parlimen

Lawatan Pemuda Jerai ke Parlimen akan diadakan pada 7-8April2010. Tempat kosong masih ada dan jika sesiapa bercadang untuk menyertai rombongan ini, sila berhubung dengan Ust. Idrus ditalian 013-4088 820.

Thursday, March 11, 2010

Majlis Solat Hajat Perdana

Salam,
Semua Pemuda Jerai dijemput hadir ke Majlis Solat Hajat Perdana sempena 2 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah.

Tempat : Komplek PAS Kedah
Tarikh : 12Mac2010
Hari : Jumaat
Jam : 0730mlm

Sunday, March 7, 2010

DPPK Jerai menyertai Pelancaran Gerak Kerja PRU 13 Negeri Kedah

Dppk Jerai menyertai Pelancaran Gerak Kerja PR-13 yang dirsmikan oleh YB DATO' HALIM BIN ABD.RAHMAN (JPP Pusat)




Friday, March 5, 2010

Wednesday, March 3, 2010

Himpunan sukarelawan pemuda Jerai

Semua Pemuda PAS yang berada di kawasan Jerai dijemput hadir kemajlis yang tertera dibawah :

Tuesday, February 16, 2010

DPPK Jerai mengucap takziah kepada keluarga En. Salleh bin Saad


ALOR SETAR 15 Feb. - Warga emas yang melecur hampir seluruh badannya akibat terjatuh ke dalam jerami yang sedang terbakar di Kampung Banggol Lalang, Guar Chempedak kelmarin, meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Salleh Saad, 75, menghembuskan nafas terakhir di Unit Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada pukul 1.40 pagi ini.

Anak saudara mangsa, Suhuaimi Ali, 45, berkata, bapa saudaranya itu meninggal dunia kerana melecur teruk hampir 80 peratus di seluruh badan.

"Akibat kebakaran itu, buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan semalam mukanya juga bengkak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, Salleh sedang membakar jerami bersama-sama sepupunya.

Bagaimanapun, mangsa yang telah menjadi pesawah sejak 50 tahun lalu terjatuh ke dalam jerami tersebut setelah berasa pening akibat terhidu asap.

Menurut Suhuaimi, jenazah bapa saudaranya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Guar Chempedak di sini, selepas solat Zuhur.

"Saya juga ingin menasihatkan pesawah-pesawah agar lebih berhati-hati ketika membakar jerami. Saya tidak mahu perkara yang menimpa bapa saudara saya terjadi kepada orang lain pula," katanya.

- AL-FATIHAH.........

Monday, February 15, 2010

Pemuda PAS lancar Kempen Anti-Zina, Arak dan Seks Bebas



Majlis Perlancaran Kempen Anti-Zina, Arak dan Seks Bebas di Pasar Seni, di sini, petang tadi.
Risalah yang diedarkan kepada orang ramai di sekitar Pasar seni.

Dalam pada itu, Nasrudin memberitahu mereka akan mengambil tindakan tegas dalam membenteras gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja.

"Dewan Pemuda Pas Pusat akan menganjurkan tiga kempen besar seluruh negara seperti itu.

"Kempen ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang masalah gejala sosial yang semakin serius dan dikhuatiri mamberi kesan kepada negara.

"Kempen ini akan berterusan sepanjang tahun dan akan digerakkan di peringkat negeri," katanya.

Sebanyak 500 keping risalah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung di sekitar Pasar Seni.