ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.
“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik. Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.
Azizan berkata demikian ekoran tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS.
DAP Kedah tidak berpuashati dengan langkah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong.
Bagi mereka, kerajaan negeri Kedah tidak sensitif dengan keperluan orang Cina di bandar ini.
Pusat itu yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun tanpa lesen yang sah, dirobohkan hari ini selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.
Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain.
Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.
MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup. Namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.
Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun.
Pada 26 Jun, semua kegiatan di pusat ini telah dihentikan oleh peniaga di situ. Pagi tadi, MBAS mula merobohkan bangunan itu.
Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.
“Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.
“Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi. - mstar online

No comments:
Post a Comment